-->

Zhafri Aziz ? Its Me

Salam 1 Malaysia Taat Setia Bebas dadah ///

Selamat Datang ke Blog Zhafri Aziz...Jom terjah apa yang ada!!!!!!! Ingat anda diperhatikan oleh saya!!!
Followla Blog Saya

Hidupku kini

Assalamualaikum....

Lame xupdate pape kat blog nie...

So hari nie nak tunjuk kat korang cinta hatiku...

Sekarang die la yang aku sayang..yang aku cinta...

Harap hubungan kami bukan sekerat jalan jew...

So korang doakan la kebahagiaan kami...

Posted by ZhAfRi AziZ No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Ape Itu Solat Sunat Istikharah

Solat Sunat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Solat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala

Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.


Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”

Doa istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:



Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
Posted by ZhAfRi AziZ No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Hidup ku sekarang

Assalamualaikum...

Ha nie nak coret sikit pasal aktiviti lepas habis DIP..hehe..

Yelah lepas abih DIP nie da xtau nak wat ape sebab konvo un bulan 4...so lambat lagi...sementara nak tggu dapat kerje tetap nie aku da dpt 1 kerja partime untuk aku dekat LOST WORLD OF TAMBUN...ha bermula dari 23/11/2012 aku da start keje kat situ..

Bermula dari tarikh tu aku da dpt tau da sejarah LOST WORLD n SUNWAY COMPANY...rupenye teguh gler larh company SUNWAY nie..so aku bersyukur la aku dpat menambah pengalaman di company sebegini...

Ragam pelanggan aku da dapat tgok cam-2 da..huhu...tp aku paling respect pekerja kat situ sebab deme sempoi dan ramah..aku suke sangat...aku masuk je keje da dapat kawan...bestkan...so bukanla setakat kawan je aku jumpe tapi aku jumpe juga seseorang yang aku tertarik kat die..huhu

So ceritanye bermula...jeng jeng jeng...dari 1st day aku nampak die,hati aku yang murung menjadi tersenyum lebar..wah nampak sangat die ade aura...hehe...aku kan pemalu orangnye so aku xberani la nak luahkan perasaan nie...

TAPI..yang bestnye aku dapat 2 barang dari die...hehehe...best-2...walaupun kiteowang kawan je sekarang tapi aku da sayang die cam aku sayang diri aku sendiri..alamak cepatnye aku sayang orangkan..actually aku susah nak sayang orang..orang yang aku suke je leh wat aku sayang..huhu..so sekarang aku un xtaula ape aku patot buat..hurmm...aku tkot loa luahan diterime aku suke tapi loa luahan aku ditolak aku kecewe..huhu...hanya masa dan hari yang menentukan..

so aku un xtau nak cite ape da nie...so aku stop sini la dulu...ok...bubye...

11.15 p.m    24/1/2013


p/s: awak, thanks untuk gelang nie..saye akan jage elok-2 ek..saye janji :p :)
Posted by ZhAfRi AziZ No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)
Instagram
Powered By Blogger
 Menerjah blog Zhafri Aziz
Tengah On9 Sekarang

Pages

  • Home
  • Zhafri Aziz Facebook
  • Zhafri Aziz Twitter
  • My Album

Blog Archive

  • ▼  2013 (3)
    • ▼  October (1)
      • Hidupku kini
    • ►  February (1)
      • Ape Itu Solat Sunat Istikharah
    • ►  January (1)
      • Hidup ku sekarang
  • ►  2012 (6)
    • ►  November (6)

About Me

My photo
ZhAfRi AziZ
Chemor, Perak, Malaysia
Selamat Datang Ke Blog Zhafri Aziz... umo : 21(2012) asal : perak jantina : lelaki no fon : 012-......
View my complete profile

Zhafri fm


Shoutbox
zhafri aziz CopyRight. Awesome Inc. theme. Theme images by TayaCho. Powered by Blogger.