-->

Zhafri Aziz ? Its Me

Salam 1 Malaysia Taat Setia Bebas dadah ///

Selamat Datang ke Blog Zhafri Aziz...Jom terjah apa yang ada!!!!!!! Ingat anda diperhatikan oleh saya!!!
Followla Blog Saya

12 Barisan Di Akhir


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:

“Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: “Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”

Surah an-Naba’:18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab:


“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….”

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-


BARISAN PERTAMA

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”


BARISAN KEDUA


Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”


BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”


BARISAN KEEMPAT

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
“Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”


BARISAN KELIMA

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”


BARISAN KEENAM


Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”


BARISAN KETUJUH

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”


BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
“Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”


BARISAN KESEMBILAN

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
“Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”


BARISAN KESEPULUH

Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
“Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”


BARISAN KESEBELAS

Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
“Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”



BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
“Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”
Posted by ZhAfRi AziZ No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Teka Teki


1. Tikus apa yang ada 2 kaki?
2. Itik apa yang ada 2 kaki?
3. Kambing apa yang kita tak nampak?
4. Gurun mana yang tanamannya subur?
5. Buah apa ada gear?
6. Bunga apa warna hitam?
7. Buka baju, pakai bedak, terjun kolam... Apakah ia?
8. Katak diterbalikkan jadi katak..kopi di terbalikkan jadi....?
9. Sungai apa paling tajam?
10. Dalam bebanyak orang.. orang apa tak kawin?
11. Ikan apa yg miskin?
12. Apakah dia 'rumah di bawah, tiang di atas'?
13. Di Kuala Lumpur ada dua, Di Seremban ada satu, di Johor pula tiada
14. Rumah dalam bahasa inggeris apa? ( house ) Rumah terbakar panggil apa?
15. Benda apa paling dekat dekat dengan kita tapi susah untuk kita memandangnya?
16. Pembuatnya tidak mahu guna, pembelinya tidak menggunakannya dan penggunanya tidak nampaknya. Apakah ia?
17. Ada sejenis kuih yang ada macam-macam rasa kuih. Ada rasa karipap, ada rasa donat, ada rasa kuih pelita, ada rase apam, senang cerita ada rasa semua kuih la.. Kuih apa tu??














JAWAPAN:
1. Mickey Mouse
2. Semua itik ada 2 kaki
3. Kambing yang menyorok
4. Gurun, Kedah
5. Sebuah kereta
6. Bunga tayar
7. Pisang goreng
8. Tumpah la
9. Sungai Lembing
10. Orang utan
11. Ikan kering
12. Kubur
13. Huruf 'a'
14. Panggil Bomba
15. Telinga
16. Keranda
17. Kuih-muih
Posted by ZhAfRi AziZ No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kenangan Lama Muncul Kembali



Assalamualaikum


Pengembaraan paling jauh adalah perjalanan kita menghadapi liku-liku kehidupan di maya ini. Mendesak dan meminta kita menjadi insan yang tabah demi mengecapi setitik madu kebahagiaan yang manis. Nikmatilah ia selagi kita mampu mendapatkannya.Dan, jangan sesekali berputus asa, andai tiba-tiba kita tertelan hempedu kedukaan yang pahit. Kerana itu adalah penawar yang akan memberi kita segunung kekuatan untuk kita meneruskan pengembaraan hakiki ini...


Tetibe je aku teringat balik kenangan silam aku bersama ex-2 aku nie...aku un xtau la camne aku boleh terpikr sal dyeowng nie..bile teringat balik mmg banyak suka duka masam manis dalam perhubungan...walaupun sumanya berbeza-2 tapi apakan daya, jodoh perkenalan kami sampai dipertengahan jalan sahaja..





So aku pown teringin nak memperkenalkan sorang-2 kat korunk...ape salahnye kalo aku kenalkan...mungkin mereka adalah jodoh korunk...walaupun aku sayang mereka suatu masa dlu, itu akan menjadi pengalaman hidup aku..






Aku perkenalkan dari ex aku yang mula-2 skali yang sekarang nie kami boleh lagi menjadi kawan walaupun die sudah bertunang sekarang..dimulakan dengan








Nama : Nurul Amira Khalid 

Umo : 21 tahun(2012)




Nie la ex aku yang pertama...kami bersama selama 2tahun lebih gak la..tapi nak wat camne...jodoh da x de...aku cume berharap die akan berbahagia disamping keluarga & tunang tercinta...amin :)




Seterusnya ialah ex aku yang ke 2...walaupun die da berpunye tapi kami tetap contact each other...yela kawan la kate kan...name manjenye pyja








Nama : Nur Hafizah Razak

Umo : 21 tahun(2012)




Comel x? hehehe...seorang yang manje, caring, baik, sporting tapi degil...tu la masalah die nie...nak wat camne..hubungan walaupun x lame tapi kami berpuas hati la dapat mengenal hati budi masing-2 sampai la kami menjadi memahami antara satu sama laen...kami slalu bertukar masalah pasal pasangan kami tapi yang peliknye camne kami leh jadi cm tuh ek...nak kate x sayang, sayang lagi tapi boleh plak share pasal maslah pasangan...aku harap die x makan hati la loa aku bercerita pasal pasangan aku..hehehe...so yang nie un aku harap die akan berbahagia bersama family & boy die...amin :)




p/s : die nie sekarang skandel aku..hehehe




Asya...tu lah name manje ex aku yang seterusnya..nak tgok gamba? x yah la..malu la..hehehe die nie un boleh tahan la comelnye....hehehe.. yelah tgok la gamba die nie....








Nama : A'Asya Hanim

Umo : 16 tahun (2012)




Nie la ex aku yang paling mude aku penah kapel...masih bersekolah die Sekolah Raja Perempuan Ipoh...perkenalan kami amatla singkat...kenal un secara x sengaja...tersalah number punce nye...seorang yang comel cam artis korea(mule-2 jumpe ingatkan cina), baik, manje, peramah, mudah terasa, senang nages...ayooo tu lah kelemahan aku kalo nan pompuan nie...cepat nages...die je la 1 1nye ex aku yang hilang terus lepas kami break..aku un x tau khabar die skrang...aku harap die sehat & akan berjaya dalam SPM tahun 2013..





ok lastly, die nie la ex yang paling aku cintai, sayangi, sanjungi...aku sampai da plan nak bertunang hujung tahun 2013 tapi allah putuskan hubungan kami sampai di sini nak wat cmne kan..nak tau sape? kite tgok gamba nye...








Nama : Norhasniza bt Mahasan

Umo : 17 tahun (2012)




Puteri bongsu kepada En Mahasan & Pn Zalila...seorang yang manje, ngade-2, serius, caring(kadang-2), cepat marah, tapi dalam hati ade taman..hehehe...perkenalan selama 2 tahun kami banyak kenangan bersama sebab time kami kapel, aku da berumur 21tahun, so da matang sikit...bile da matang nie aku slalu keluar convoi la..die la yang slalu aku bawak..yela x bawak kunk kate aku penting diri la, x sayang awek la, ape la..bese la pompuan...huhu..so bile hubungan kami da break, kami trus xcontact each other..bkan ape, sebab banyak sangat kenangan aku nan die sampai bile aku teringat boleh mengalir air mata(sensitif sangat)...so aku berdoa agar die dapat mencapai impian die untuk menjadi nurse cam mama die uh...ok!!




X syokla asyik bercerita pasal ex..bkan ape, x elok ingat kenangan lame...huhu...




Status aku sekarang ?? masih single la...hehehe...

so mase sekarang aku akan mendekatkan diri pada ALLAH untuk merubah hidup aku dlu....kalo ade jodoh, insyallah kami ..ok la, aku un xtau ape yang nak diceritakan lagi...so sampai di sini saja la coretan aku nie..


p/s : saye harap awak xterase ek kalo sye cerita kisah ex saya


Taat Setia Bebas dadah ///




Posted by ZhAfRi AziZ 6 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

18 November 2010

2 tahun masa berlalu...tp boleh plak aku teringat pulak tarikh ini...yelah camne leh x igat..tu kan tarikh aku kemalangan paling teruk aku alami...yelah orang kate kalo nak jadi bkan boleh dielak..bak kate pepatah "malang tak berbau"

lagi 1,padah gak la kalo kite tipu orang yang syang kat kite nie...berdosa tau...sebab menipu lah ini yang aku dapat..so aku un x tau nak cite camne lagi..gamba jela akan bercerita....
















Nie la moto Yamaha 135LC Shell kesayangan aku..tapi dah xde dah...so kenangan aku je yang tinggal bersamanya...

Taat Setia Bebas dadah ///

Posted by ZhAfRi AziZ No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tahukah Anda Kaum Adam

Duhai Adam,Tahukah dirimu, bahawa Allah menciptakan kaum hawa dari tulang rusukmu, dan tulang rusuk yang dicipta itu adalah yang paling bengkok. Kenapa?


Ini kerana
Supaya mereka melengkapi segala kekuranganmu,
Supaya  mereka menjadi penutup kelebihanmu,
Supaya mereka mendampingi dirimu dengan segala yang menjadi fitrahNya atas diri mereka.
Dan,
Supaya engkau meluruskan mereka dengan ilmu dan akhlakmu, memimpin diri mereka kepada jalan yang diredhai Yang Maha Esa, dan bukan membiarkan mereka semakin bengkok.
Kerana apabila engkau membiarkan mereka terus bengkok, maka mereka juga mampu menyeretmu ke dalam api neraka..
Ini kerana apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim dan apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
Wahai Adam,  mainkan perananmu dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang harus dipikul.
Maka LURUS kanlah mereka dgn IMAN dan TAQWA mu kepada-NYA. Agar mereka jadi pelengkap separuh agama mu

Taat Setia Bebas dadah ///

Posted by ZhAfRi AziZ No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Coretan Tentang Mereka & Mereka

Assalamualaikum

Bile bkak blik file sijil-2 aku, aku terjumpa plak sijil tawaran kemasukan ke poli...so terlintas la di fikiran aku yang xbrape nak kembang sgt nie nak bercerita sikit...ting ting ting..!!

"pin pin" bunyi moto posmen hon kat pintu pagar rumah aku...aku un time tuh ade kat lua umah so aku p la amik surat tu...terkejut gak la bile kat surat tu terpapar name aku...da lame xdapat surat...tp yang terkejut die de tulis "Sulit"..cuak gak aku nak tgok tkot surat saman aku ke,ape ke...ish-3 tu la fikiran kolot sikit...xmatang g time tuh...

bukak jew surat tuh, aku terkejut n seronok sebab dapat sijil de tertulis "TAWARAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA"

"PROGRAM : DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT(PENGATURCARAAN)
 POLITEKNIK : POLITEKNIK UNGKU OMAR
 SESI PENGAJIAN : JANUARI 2010     (TEMPOH PENGAJIAN 6 SEMESTER)
 TARIKH MENDAFTAR : 12/01/10"

sape xseronok bile dapt sambung blaja...yela kawan-2 sume sambung blaja...tp yang membezakan antara aku dan mereka, mereka sambung blaja time umur 18 tahun, aku pulak 19 tahun baru dapat sambung..setahun tercicir aku nie...tp aku tetap bersyukur dapat tunaikan salah 1 impian keluarga aku...

sewaktu aku melangkah ke pintu gerbang PUO pada hari pendaftaran, terkejut & tercengang kejap aku tgok begitu ramai pelajar yang laen nak mendaftar macam aku...aku un xtau la camne nak mulekan perjalanan hidup kat sane sebab aku xkenal sape-2 g...

tapi...sewaktu aku berbaris mendaftar,aku terjumpa seorang mamat nie yang juga same kos nan aku..nak tau camne aku tau? aku skodeng surat tawaran die..hehehe...dan inilah mamat yang aku maksudkan itu..

                   RAFIUDDIN BIN ROSLAN
                   01DIP09F2129

sejak itu kemane je kami mesti berdua jela...nak pegi kelas un same-2...walaupun pas tu aku knal lagi kawan-2 baru tapi dari semester 1-6 aku dan rafi nie sgt la rapat...sampai nak ayat perempuan un ajak aku la..mmg lawak kan...hehehe

kawan-2 laen jugak aku ade cam adie,sharul,haziq,yen,budin,bob n irfan...xlupe gak buat lutfi,fahmi,amir,apit,epoi...nie la kawan aku rapat selepas rafi..


Sharul

adie


amir, haziq, lutfi, rafi, apit, yen, epoi

mereka la kawan, mereka la kekasih, mereka la keluarga..sayang korunk sume sebagai sahabat aku :)

Noin & Sarah jugak aku xkan lupe kan kawan aku yang banyak aku bercerita maslah...dari maslah keluarga sampai la maslah bercinta...hehehe rapatnye kami da cam kapel da orang kate...cume aku paling rapat hanya la Noin saje sebab Sarah da tinggalkan poli...ape kan daye tapi aku tetap sayang dyeowg cam yang laen...


Norin Shuhada (Noin)


Sarah Izzatti (Sarah )

i will miss you friend ;)

tu la kawan-2 aku yang aku rapat dari sem 1 sampai la sekarang...

ape? kawan-2 kelas aku lupe? nope!! aku xkan lupe membe-2 kelas aku yang membantu aku susah senang... nak tgok jugak ke gamba dyeowng?? ok la aku bagi tgok la...


Kolam air panas Ulu Kuang

nak ketawa gak aku tgok gamba nie...dah cam budak-2 jew


si kacak & si cantik kelas DIP 6D

i will miss this moment rest  of my life

kenangan tetap kenangan...masa yang dah berlalu xkan dapat diputarkan balik..masing-2 akan mempunyai kerjaya masing-2...bile berjumpa nanti akan diharapkan kite tidak akan lupa antara satu sama laen...nie la gamba terakhir yang ditangkap oleh Arip selepas kami habis menduduki final exam & last paper...


last meet..I hope we will come together & meet again in the future.

yeah...dah panjang sgt aku merepek...aku un da xtau apew nak ditaipkan lagi...aku berdoa agar semua kawan-2 aku akan berjaya didunia akhirat...amin....

so aku mintak maaf kalo aku de terslap & terguna bahasa kasar didalm coretan merepek aku nie...akan aku update lagi pasal korang kalo aku rindu..hehehe...

Salam 1 malaysia 

Taat Setia Bebas dadah ///




Posted by ZhAfRi AziZ 8 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)
Instagram
Powered By Blogger
 Menerjah blog Zhafri Aziz
Tengah On9 Sekarang

Pages

  • Home
  • Zhafri Aziz Facebook
  • Zhafri Aziz Twitter
  • My Album

Blog Archive

  • ►  2013 (3)
    • ►  October (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2012 (6)
    • ▼  November (6)
      • 12 Barisan Di Akhir
      • Teka Teki
      • Kenangan Lama Muncul Kembali
      • 18 November 2010
      • Tahukah Anda Kaum Adam
      • Coretan Tentang Mereka & Mereka

About Me

My photo
ZhAfRi AziZ
Chemor, Perak, Malaysia
Selamat Datang Ke Blog Zhafri Aziz... umo : 21(2012) asal : perak jantina : lelaki no fon : 012-......
View my complete profile

Zhafri fm


Shoutbox
zhafri aziz CopyRight. Awesome Inc. theme. Theme images by TayaCho. Powered by Blogger.